Antara Woven Label dan Printed Label — Mana lebih baik?

Apa yang setiap peniaga perlu tahu sebelum tempah Sampul Duit Raya
April 13, 2018
Insangpari Showroom
October 5, 2018

Antara Woven Label dan Printed Label — Mana lebih baik?

Untuk label jenis kain, ramai yang selalu tanya Aiya. Mana lebih baik? Printed label (jenis cetak) atau Woven label (jenis tenun)? Di sini Aiya nak ceritakan dulu perbezaan antara 2 jenis ni ya.

Woven Label

Ini adalah label favourite oleh pelanggan kami. Label jenis ini adalah yang ditenun — macam kain songket tu. Nampak gambarannya, kan? Di Insangpari Label, terdapat jenis Taffeta, Broadloom Damask dan Needleloom Damask. Taffeta ialah kualiti yang biasa digunakan untuk lencana sekolah. Damask pula ialah kualiti yang biasanya digunakan untuk produk lain seperti pakaian dan barangan buatan tangan (handmade).

Setiap satu label dihasilkan secara custom. Maksudnya, saiz, warna dan finishing boleh dipilih sebelum kami memulakan production. Dengan cara ini, label yang ditempah akan tampak unik dan sesuai dengan jenama anda.

Warna yang boleh digunakan untuk ditenun juga boleh dipilih daripada ratusan tona warna benang yang kami ada. Cuma setiap label adalah terhad menggunakan sehingga 8 warna sahaja. Ini kerana, setiap warna diwakili oleh helaian benang. Lebih banyak warna pada sesuatu label, lebih banyak benang jugalah akan digunakan. Ini akan menjadikan label tu lebih tebal di bahagian belakangnya.

Printed Label

Label jenis cetak ni lain sikit materialnya. Boleh dicetak di atas satin, grosgrain, nylon dan juga kain organik — hasil gambar yang dicetak adalah lebih sharp dan jelas. Sudah tentulah label jenis ini lebih lembut, sebab tak kira berapa banyak warna yang digunakan, ketebalan label tidak berubah. Macam kita print atas kertas, lah. Sebelum dan selepas print, sama je kan rupa kertas tu? Insangpari Label menggunakan beberapa teknik cetak juga — bergantung pada kehendak pelanggan. Ada yang nak cetak warna putih atas label hitam. Ada yang nak cetak warna hitam atas label pink. Teknik yang digunakan adalah berbeza.


Tetapi, walaupun teknik yang digunakan berbeza-beza demi memenuhi kemahuan pelanggan, apa yang boleh kami jamin cuma satu. Insangpari Label menawarkan label dengan kualiti industrial. Label kami tidak mudah luntur dan tidak mudah berbulu di tepi. Kami menggunakan teknik pemotongan laser, yang terkini dalam industri label. Jadi penghasilannya juga adalah antara yang terbaik. Sudah tentu label kami boleh dibasuh mesin. Sejak tahun 2009, belum lagi kami dapat feedback daripada pelanggan yang mengatakan tulisan pada label hilang selepas sekali cucian. Jangan risau, belum pernah lagi terjadi dan insya Allah tak akan ada. 🙂

Jadi, mana satu yang lebih baik? Woven atau Printed?

Jawapannya adalah terpulang pada citarasa masing-masing. Kedua-dua label ada ciri yang berlainan, anda cuma perlu memilih yang sesuai untuk produk anda.

Masih tidak jelas? Boleh berkunjung ke #insangpari_showroom untuk melihat dengan lebih jelas atau dapatkan sampel percuma daripada kami — bit.ly/free-label.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *