Login

Register

Login

Register


Antara Woven Label dan Printed Label — Mana lebih baik?
September 2, 2018

Insangpari Showroom

Siapa sangka, kira-kira setahun yang lalu, Insangpari Label masih beroperasi sepenuhnya dari rumah. Oleh kerana beberapa keputusan mengejut yang telah dilakukan sejak penghujung tahun 2017, team kami telah berhijrah ke Subang Jaya. Pada bulan Mac 2018, lahirlah #insangpari_showroom yang pertama. Kami sekarang beroperasi di Subang Square Shopping Gallery, Subang Jaya. Syukur segalanya dipermudahkan. Walaupun sehingga ke hari ini, kami masih dalam proses menambah baik ‘display’ serta sampel barangan yang ada, sesiapa yang berminat untuk melihat-lihat produk dan servis kami dialu-alukan untuk datang.

Diam tak diam, dah nak masuk 8 bulan showroom kami beroperasi. Bagi yang tak biasa dengan kawasan Subang ni, nak bagitau lah ya. Lokasi kami ni berada di tengah-tengah SS15, pusat Subang Jaya. Jadi, harapan untuk mendapat ‘parking’ kereta tu amatlah mencabar. Tetapi kat sini Aiya nak kongsi beberapa ‘tips’ untuk park kereta di sekitar ni.

  1. Park di tepi Rojak. Yep, salah satu Landmark terkenal di sini ialah ‘Rojak Stall SS15’. Rojak viral tu lah. Biasanya yang park kereta dekat situ, sekejap je sebab nak beli Rojak. Jadi tunggu lah dekat-dekat tepi tu. Bila ada kereta yang beredar, sila park laju-laju. Sebab kalau lambat, memang melepas! Dari tempat rojak ni, jalan kaki je dah sampai Subang Square.

    Caj parking hanya 50sen/jam. Boleh cari mesin bayar parking berdekatan atau guna Kupon Letak Kereta. Kebanyakan mesin dah rosak sebenarnya. Jadi, pakai kupon lebih mudah.

  2. Tepi jalan di luar Subang Square. Di sekeliling Subang Square ada disediakan petak meletak kenderaan. Cuma betul-betul depan entrance Subang Square sahaja dilarang letak kereta. Pihak penguatkuasa MPSJ selalu buat rounding tau, jadi … jangan cari pasal! Nanti kena clamp, jangan kata hakak tak payung!

    Caj parking juga 50sen/jam.

  3. Dalam Subang Square. Ada 2 tempat masuk ke dalam kawasan Subang Square. Kawasan parking pun ada dua — outdoor dan indoor (basement). Pertama ialah ‘outdoor’, di mana-mana yang ada tulis ‘Visitor’ parking tu, silalah park. Banyak juga selalunya kalau datang awal. Jika tak ada visitor parking yang available, boleh terus ke basement B2. (B1 hanya untuk Reserved parking, Uols. Tak perlu buang masa jalan-jalan kat situ, memang tak ada parking visitor). Musim hujan lebat, eloklah park terus di Basement. Dijamin tak basah kuyup. Dari basement, boleh naik lif ke tingkat G. Dan untuk ke #insangpari_showroom, naik escalator 1 tingkat sahaja. Dari escalator tu, CONFIRM dah nampak showroom kami. 🙂

    Caj parking mahal sikit berbanding di luar. RM2/sejam pertama. Tapi OK lah, sebab biasanya kalau datang belek-belek label kat Showroom kami, takdelah sampai 8 jam pun, kan? Parking pun dekat, tak susah nak menapak.

OK. Sekian sahaja tips untuk meletakkan kereta jika nak berkunjung ke #insangpari_showroom. Kalau agak-agak tak kuasa nak menunggu, sila terus ke option #3. Biasanya tak mengecewakan lah. Confirm dapat parking. Untuk option #1 & #2, boleh dapatkan Kupon Letak Kereta di 7-Eleven yang berdekatan (di deret Shoplot tepi Subang Square sahaja). Kupon ni dijual RM5/sebuku/10 keping.

Nak datang? Jangan lupa hubungi kami dulu ya untuk temujanji. Boleh call atau WhatsApp : Aiya 0192293273.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *