Delivery Policy

  1. INSANGPARI menggunakan khidmat Poslaju, Pos Ekspres dan Skynet untuk penghantaran Domestik.
  2. Untuk penghantaran antarabangsa, INSANGPARI menggunakan khidmat kurier Poslaju Antarabangsa atau yang sama taraf.
  3. Setiap tempahan yang telah siap akan terus dihantar kepada Pelanggan dalam masa 1-2 hari bekerja dari tarikh siap.
  4. Jika item adalah stok yang sedia ada, item akan dihantar terus kepada Pelanggan dalam masa 1-2 hari bekerja dari tarikh pembelian.
  5. INSANGPARI akan memberikan nombor ‘tracking’ untuk setiap item yang dihantar supaya Pelanggan dapat menjejak status penghantaran dengan wakil khidmat kurier kami.
  6. INSANGPARI akan membuat pakejing yang kemas dan sesuai untuk penghantaran bagi melindungi item daripada sebarang kerosakan. Walau bagaimanapun, jika berlaku kerosakan dalam proses daripada khidmat kurier kepada Pelanggan, INSANGPARI tidak akan bertanggung jawab untuk memberi pampasan atau ganti rugi ke atas kerosakan barang tersebut.
  7. Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberikan alamat serta maklumat yang betul untuk penghantaran. Sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat, Pelanggan akan menanggung kos penghantaran semula bermula dari RM9 untuk alamat Semenanjung dan RM15 untuk alamat Sabah / Sarawak, bergantung kepada berat item tersebut. Kos penghantaran semula untuk alamat di luar Malaysia akan diberitahu pada waktu kejadian.
  8. Sekiranya Pelanggan tidak dapat menerima item yang dikirim kerana tiada di premis waktu penghantaran dilakukan atau atas sebab-sebab lain wakil khidmat kuriern kami tidak dapat melakukan penghantaran, Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk mengambil item itu di pusat pungutan yang berdekatan. Jika selepas sesuatu tempoh yang ditetapkan, Pelanggan tidak membuat pungutan sendiri dan item tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada INSANGPARI, kami akan memaklumkan kepada Pelanggan dan akan membuat penghantaran semula. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula akan ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan, bermula dari RM9 ke seluruh Semenanjung, dan RM15 ke seluruh Sabah / Sarawak, bergantung kepada berat item tersebut. Kos penghantaran semula untuk alamat di luar Malaysia akan diberitahu pada waktu kejadian.