Privacy Policy

DASAR PRIVASI

Privasi Pelanggan adalah penting bagi kami. INSANGPARI menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi dan menjaga sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada kami. Dokumen ini, yang kami kemas kini dari masa ke masa, menerangkan cara INSANGPARI mengguna dan memproses maklumat peribadi Pelanggan.
Insangpari.com.my menawarkan perkhidmatan Labeling, Percetakan dan Pakejing atas talian melalui laman web serta melalui platform atas talian yang lain seperti Facebook, Instagram dan applikasi WhatsApp. Maklumat berikut terpakai kepada semua platform.

JENIS MAKLUMAT PERIBADI

Ketika membuat urusniaga, INSANGPARI akan mendapatkan maklumat-maklumat asas untuk melengkapkan urusan jual beli. Maklumat asas mungkin termasuk : nama, telefon, alamat, e-mail, jenis perniagaan yang dijalankan, nama perniagaan, dan maklumat pembayaran.

Semasa mengunjungi laman web INSANGPARI, walaupun anda tidak membuat tempahan, kami mungkin mengumpul maklumat tertentu seperti alamat IP anda, pelayar yang anda guna dan maklumat tentang sistem pengendalian komputer anda, versi aplikasi, tetapan bahasa dan halaman yang telah ditunjukkan kepada anda. Jika anda menggunakan peranti mudah alih, kami juga mungkin mengumpul data bagi mengenal pasti peranti mudah alih anda, tetapan peranti tertentu dan ciri-ciri serta butiran latitud/longitud. Kami juga mungkin mengira dan memproses data yang berkaitan dengan jenis aplikasi yang dipasang pada peranti mudah alih seperti nama aplikasi, perihalan aplikasi dan kategorinya. Maklumat ini sendiri tidak dapat memberitahu kami tentang identiti anda tetapi ia masih boleh dianggap sebagai maklumat ‘peribadi’.
Kami juga mungkin menerima maklumat mengenai anda apabila anda menggunakan perkhidmatan media sosial tertentu.

MENGAPA INSANGPARI MENGUMPUL DAN MENGGUNA BUTIRAN PERIBADI?

– Tempahan: Pertama sekali, INSANGPARI menggunakan maklumat peribadi Pelanggan untuk melengkapkan urusniaga — agar Item dapat dihantar kepada Penerima sejurus selepas disiapkan.
– Khidmat Pelanggan: Untuk memudahkan urusan khidmat pelanggan.
– Ulasan pelanggan: INSANGPARI mungkin menggunakan maklumat peribadi Pelanggan untuk menjemput anda menjawab soal selidik ringkas mengenai produk / servis kami. Keputusan kaji selidik akan digunakan untuk membantu kami agar lebih memahami dan meningkatkan perkhidmatan yang disediakan kepada semua Pelanggan.
– Aktiviti pemasaran: Kami juga menggunakan maklumat anda untuk aktiviti pemasaran sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Sebagai contoh:
– Anda boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan Tawaran Istimewa kami bagi menerima e-mel memberitahu anda sebarang promosi atau perkhidmatan baharu yang kami tawarkan. Anda boleh memilih untuk tidak melanggan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dengan mengklik pada pautan buang melanggan dalam mana-mana e-mel yang kami hantar kepada anda.
– Berdasarkan maklumat yang anda kongsikan bersama kami, tawaran individu mungkin dipaparkan kepada anda di laman web www.insangpari.com.my, dalam aplikasi mudah alih termasuk laman media sosial.
– Apabila kami percaya bahawa sesetengah tawaran mungkin menarik perhatian anda, kami mungkin mengambil keputusan menghubungi anda melalui telefon.

– Lain-lain komunikasi: Mungkin ada masa-masanya apabila kami akan berhubung melalui e-mel, melalui telefon atau dengan menghantar teks kepada anda bergantung kepada maklumat perhubungan yang anda kongsikan bersama kami. Mungkin ada beberapa sebab untuk ini:
– Kami mungkin perlu bertindak balas mengenai tempahan yang telah anda buat.
– Jika anda belum memuktamadkan tempahan dalam talian, kami mungkin menghantar e-mel peringatan kepada anda untuk meneruskan dengan tempahan anda. Kami percaya bahawa perkhidmatan tambahan ini amat berguna kepada anda kerana ia membolehkan anda untuk meneruskan tempahan tanpa perlu mengisi semua butiran tempahan dari mula.
– Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mungkin menghantar soal selidik atau menjemput anda untuk memberikan ulasan mengenai pengalaman anda dengan servis kami.
– Kami juga mungkin menghantar kepada anda informasi tentang produk / servis kami yang lain, yang berkaitan dengan tempahan anda.

– Penyelidikan pasaran: Kadang-kala, kami meminta pelanggan kami untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan pasaran. Sebarang butiran tambahan peribadi yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada penyelidikan pasaran hanya akan digunakan dengan kebenaran anda.
– Pengesanan penipuan dan pencegahan: Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk mengesan dan mencegah penipuan dan aktiviti lain yang tidak dibenarkan atau tidak diingini.
– Memperbaiki perkhidmatan kami: Akhir sekali, kami menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan analisis, untuk meningkatkan perkhidmatan kami, untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan untuk meningkatkan fungsi dan kualiti perkhidmatan perjalanan dalam talian kami.

INSANGPARI tidak akan sama sekali berkongsi atau menjual maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga melainkan seperti yang dinyatakan untuk tujuan-tujuan di atas.