Return & Refund Policy

PERTUKARAN
  1. Semua item yang ditempah secara ‘custom’ tidak boleh ditukarkan atau dipulangkan.
  1. Jika item yang diterima rosak (bukan sebab penghantaran), laporkan segera kepada INSANGPARI dalam tempoh 3 hari dari tarikh item diterima. Hanya kirimkan gambar item yang rosak kepada INSANGPARI. Sekiranya stok untuk item tersebut masih ada, INSANGPARI akan menggantikan dengan yang baru. Sekiranya item tersebut sudah kehabisan stok, INSANGPARI akan menggantikan dengan  membuat pemulangan wang  (*rujuk PEMULANGAN #2) yang sama nilai dengan jumlah item yang rosak. Kos penghantaran semula akan ditanggung oleh INSANGPARI.
  1. Jika INSANGPARI membuat kesilapan ketika penghantaran item (ie. item Pelanggan A dihantar kepada Pelanggan B), laporkan segera kepada INSANGPARI . Item yang tersilap hantar hendaklah dalam keadaan asal, dibungkus dengan elok beserta invois dan dikembalikan kepada Penerima yang sebenar dalam masa 3 hari dari tarikh item diterima. Item yang betul juga akan segera dikirim kepada Pelanggan. Kos penghantaran ketika proses pemulangan atau penghantaran semula akan ditanggung oleh INSANGPARI.
  1. Jika Item yang diterima adalah lain daripada yang tertulis dalam invois, laporkan segera kepada INSANGPARI dalam tempoh 3 hari dari tarikh item diterima. Item tersebut hendaklah dikembalikan kepada INSANGPARI.  Kos penghantaran ketika proses pemulangan atau penghantaran semula akan ditanggung oleh INSANGPARI.
PEMULANGAN
  1. Jika Pelanggan tidak berpuas hati dengan item yang dibeli, laporkan segera kepada INSANGPARI dalam tempoh 5 hari dari tarikh item diterima. Item yang dipulangkan hendaklah berada dalam keadaan asal, dibungkus dengan baik beserta invois dan dikembalikan kepada INSANGPARI dalam masa 10 hari dari tarikh produk diterima. Kos pemulangan item adalah ditanggung oleh pelanggan. INSANGPARI berhak untuk tidak melayan sebarang aduan jika ianya dilakukan melebihi tempoh yang dinyatakan.
  2. Semua tempahan ‘custom’ tidak boleh dibatalkan sejurus tempahan sudah masuk ke proses produksi. Sekiranya Pelanggan tetap mahu membatalkan tempahan, pulangan wang tidak akan dikembalikan.
  3. Tempahan ‘custom’ mengambil masa tertentu untuk proses penyediaan dan produksi. Walaubagaimanapun, bergantung pada jumlah tempahan yang diterima, pasukan produksi INSANGPARI mungkin akan mengalami sedikit kelewatan. Jika tempahan tidak dapat disiapkan pada tarikh yang dijangka, Pelanggan harus menunggu hingga Item siap sepenuhnya. Item akan dihantar dengan segera sejurus siap di bahagian produksi. Pulangan wang tidak akan diberikan pada Item yang lewat siap.
  4. Semua pulangan wang pada Pelanggan yang layak akan diberikan dalam bentuk Baucar Tunai yang sama nilainya dengan jumlah wang yang dipulangkan sebaik sahaja item yang dikembalikan diterima dalam keadaan baik oleh pihak INSANGPARI. Baucar Tunai tersebut boleh digunakan untuk pembelian di laman web ini pada masa akan datang.