Terms & Conditions

Selamat Datang ke laman web Insangpari Label. Laman web ini ialah hak milik Insangpari Enterprise (INSANGPARI) sepenuhnya. Sebaik pengunjung melayari laman ini, anda terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

UMUM

Kandungan tentang Terma & Syarat mungkin berubah pada bila-bila masa. INSANGPARI mempunyai hak untuk membuat perubahan pada terma dan syarat tanpa sebarang notis. Jika sebarang penyalahgunaan atau pelanggaran terma dan syarat dikesan, INSANGPARI boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengunjung.

URUSNIAGA

Semua urusniaga yang berlaku secara atas talian, sama ada dari laman web ini, Facebook Insangpari, Instagram Insangpari, e-mail, pembelian melalui WhatsApp dan juga urusniaga bukan atas talian dengan INSANGPARI adalah terikat dengan semua Terma & Syarat yang dinyatakan di laman web ini.

ISI LAMAN & HAK CIPTA

Semua media, termasuk gambar, ilustrasi, design, ikon, fotografi, klip video, penulisan dan material yang terpapar sebagai sebahagian daripada laman ini, atau dengan erti kata lain “isi kandungan laman” adalah hak cipta INSANGPARI. Penggunaan atau pencetakan semula mana-mana bahagian daripada isi laman ini tanpa kebenaran adalah sama sekali tidak dibenarkan.

KOMEN & MAKLUMBALAS

Semua komen atau maklumbalas yang diberikan kepada INSANGPARI akan kekal menjadi hakmilik INSANGPARI. Pengunjung perlulah bersetuju bahawa tiada komen dan maklum balas yang dihantar kepada INSANGPARI yang akan melanggar hak pihak ketiga, termasuk hakcipta, tanda dagangan, privasi peribadi atau isu hak milik. Seterusnya, pengunjung mestilah bersetuju bahawa tiada kandungan yang dihantar itu melanggar undang- undang, disalahguna, ataupun maklumat palsu. Pengunjung juga mestilah bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau maklum balas yang dihantar kepada pihak Insangpari dan bersetuju bahawa ianya benar. Jika kandungan yang dihantar kepada INSANGPARI memiliki perkara-perkara yang dilarang seperti disebutkan di atas, INSANGPARI tidak akan bertanggungjawab atau dikenakan tindakan undang-undang kerananya.

MAKLUMAT PRODUK

Walaupun INSANGPARI akan cuba sedaya upaya memberikan gambaran yang hampir sama tentang produk atau servis yang ditawarkan, INSANGPARI tidak dapat menjamin rupa sebenar produk adalah 100% sama seperti yang dipaparkan di skrin pengunjung, bergantung kepada resolusi skrin masing-masing dan juga faktor pencahayaan semasa proses merakam dijalankan.

RISALAH

Pengunjung mestilah bersetuju yang INSANGPARI mungkin akan menghantar risalah tentang berita / produk / promosi yang terkini dan lain- lain info yang berkaitan dengan INSANGPARI kepada pengunjung.

PAMPASAN

Pengunjung juga mestilah bersetuju untuk menanggung ganti rugi dan melindungi INSANGPARI dari segala ancaman dan tentangan mengenai tuntutan, kerosakan, kos, dan perbelanjaan termasuklah bayaran guaman yang timbul semasa berurus niaga dengan INSANGPARI.

SAMBUNGAN KE LAMAN SESAWANG YANG LAIN

Sebarang akses jaringan kepada pihak ketiga adalah ditanggung atas risiko sendiri. INSANGPARI tidak akan berhubung kait atau terlibat kepada laman web yang kandungannya menyebabkan pengunjung mengalami kerosakan atau kerugian yang berkaitan dengan pihak ketiga.

KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT

Dari masa ke masa, mungkin terdapat maklumat dari pihak INSANGPARI yang mengandungi kesilapan ejaan, ketidaktepatan, peninggalan, perubahan berkaitan dengan deskripsi produk, harga, stok dan juga kandungan artikel. INSANGPARI berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau perubahan info tanpa sebarang notis. Jika pengunjung tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, sila pulangkan kepada INSANGPARI bersama invois pembelian. Sila rujuk ‘Terma & Syarat Pemulangan & Pertukaran’.