Login

Register

Login

Register

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Tantrum

Share on facebook
Share on google
Share on twitter

Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka. Jika benda sebegini apa yang perlu anda lakukan?

  1. BERTENANG
    Jangan mudah melenting atau marah jika anak sudah mula meragam. Tarik nafas dan tenangkan diri dahulu.Relax sahaja depan anak. Dalam pemikiran mereka akan menyangka yang anda akan marah dengan tindakkan yang mereka lakukan itu. ‘takkan mak aku tak marah pulak’  reverse psychology.
  2. CUBA PUJUK
    Usaha dulu pujuk dengan baik. Peluk mereka agar mereka rasa tenang dengan keadaan ketika itu .Tanya kepada mereka kenapa marah atau mengamuk. Anak lebih suka akan perhatian orang dewasa.
  3. Alihkan fokus anak pada benda lain.
    Kebanyakan ibu bapa akan bermasalah jika ke hypermarket untuk berbelanja. Kerana di saat itu anak akan mula menunjukkan sesuatu yang mereka mahukan. Kadang benda yang di minta itu mengarut.Cepat-cepat alihkan perhatian mereka. Focus pada perkara lain. Jangan tenangkan mereka dengan memberikan telefon pintar kita. Kerana mereka akan melakukan taktik yang sama pada masa akan datang.
  4. Sistem ganjaran ( Reward system )
     Jika anak mula tantrum, berikan dia pilihan antara dua, sama ada dia mahu bersikap baik dan mendapat ganjaran atau terus protes dan dimarahi anda. Jika dia bersikap baik, janjikan sesuatu seperti menonton tv , memberikan coklat ( jangan selalu diberi option ini) , membaca bersama atau bermain bersama mereka. Kalau dia inginkan sesuatu yang telah lama dipendam / inginkan benda yang telah anda janjikan , tentu sekali dia akan mengikut arahan anda.
  5. Biarkan saja
    Jika pujukan dan belaian tidak menjadi tika itu, mereka memilih untuk terus protes menghentakkan kaki dan berguling di lantai, biarkan sahaja mereka seperti itu. Mereka akan berhenti bila merasakan sudah penat dan tidak di hiraukan langsung oleh ibu bapanya. Pastikan di sekeliling mereka tiada benda yang berbahaya. Jangan layankan sangat tantrum anak. Jangan terlalu manjakan anak anda.
  6. TIDUR
    Pastikan anak-anak dapat tidur yang mencukupi ya ! Kadang sebab kurangnya waktu tidur yang berkualiti menyebabkan anak mengamuk. Semakin berkualiti dan cukup waktu tidur anak, makin banyak tenaga mereka , maka mood mereka juga akan lebih baik.

Cuba tenangkan anak di awal ragaman mereka. Jangan terlampau manjakan dan ikutkan kehendak anak anda kerana mereka akan tahu di mana kelemahan anda dalam mengendalikan mereka ketika tantrum. Dan kurang dedahkan anak dengan gadget terlalu lama. Hadkan waktu mereka bermain HP agar mereka tidak ketagihan internet.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp