Login

Register

Login

Register

Cara Membayar Zakat Melalui Maybank2u

Share on facebook
Share on google
Share on twitter

Salam & Hello.

Bagi mereka yang beragama Islam pasti tahu, zakat merupakan rukun Islam yang perlu kita patuhi. Ada 2 jenis zakat yang perlu dibayar, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini untuk menerangkan dengan mendalam, eloklah jika ditanya kepada yang lebih arif jika you nak tahu apa beza kedua-dua jenis zakat ini ya.

Zakat perniagaan termasuk dalam kategori zakat harta. Jadi khas untuk mereka yang menjalankan perniagaan / bisnes, saya kongsikan macam mana you boleh membayar zakat ini secara online sahaja. InsyaAllah, bayaran secara online ini sah. Jika masih ragu-ragu, rujuk pada yang lebih arif k.

Bagaimana nak kira amaun zakat yang perlu dibayar? You klik link ini untuk kira sendiri amaun zakat you. Untuk mereka yang tidak ada rekod akaun yang lengkap, pengiraan zakat perniagaan adalah 2.5% daripada untung bersih you. Ok jelas ya? Dah dapat dah amaun yang nak dizakatkan? Jom saya kongsikan bagaimana nak bayar zakat menggunakan Maybank2U pulak.

BAYAR ZAKAT MELALUI MAYBANK2U

Step paling utama sekali adalah Login Maybank2u you. Kalau tak ada akaun dengan Maybank? Aiseyman, kena bukaklah dulu akaun dengan Maybank ya 😛

STEP 1

Pastikan Bill Payment dipilih.

Tekan ‘Go’

STEP 2

Klik pada ‘Make a one-off payment’.

STEP 3

Tekan drop down menu dan pilih Zakat & Charity

STEP 4

Klik pada pilihan pusat zakat yang hendak disalurkan pada list yang ada

STEP 5

Masukkan amaun zakat yang hendak dibayar Dan juga no telefon you.

Pilih jenis zakat yang hendak dibayar pada drop down menu.

Tekan Continue.

Request Tac, masukkan Tac yang you dapat dan SIAP!

Zakat Perniagaan you telah selamat dibayar alhamdulillah.

Ada seorang rakan berkongsi, walaupun sales bulanan masyuk, tapi beliau masih berasa tidak cukup, tidak tenang. Kemudian, seorang kawan berkongsi dengan beliau supaya membayar zakat. Betullah, apa yang diwajibkan Islam itu sememangnya akan membawa kebaikan berlipat ganda jika kita tidak alpa untuk menunaikannya. Alhamdulillah, kini beliau lebih tenang dan merasa keberkatan dalam perniagaannya. Saya kongsi cerita ini dengan harapan ia dapat memberi sedikit kebaikan kepada you all, insyaAllah.

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Talaq : 2-3)

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp