Login

Register

Login

Register

Mohon Lesen untuk Menaikkan Signboard di Kedai

Share on facebook
Share on google
Share on twitter

Kami berpeluang untuk menaikkan signboard showroom cum ofis kecil kami di Subang Jaya tahun lepas (2019). Proses nya tidaklah rumit, tetapi perlu refer pada 2 tempat, iaitu DBP dan MPSJ (ikutlah lokasi kedai you all kat mana).

Design signboard perlu disemak dulu dengan DBP. You all boleh buat online je. Klik pada link ini >> https://www.dbpsahbahasa.my/
Dan boleh terus daftar iklan .

You all kene tahu syarat-syarat untuk design signboard dulu. Tak boleh hentam keromo je tau. Setiap Majlis Perbandaran, lain syaratnya, jadi you all kene refer dekat MP masing-masing. Di website MPSJ, ada disediakan contoh lakaran signboard yang perlu you all ikut. Macam contoh di bawah:

Ha, inilah draft design kami yang pertama.

Design #1 Signboard Insangpari

Untuk draft pertama kami ini, ada banyak sangat kesalahan.

  1. Tak letak aktiviti perniagaan.
  2. Perlu gunakan Bahasa Melayu sahaja atau dwibahasa.
  3. Tak boleh gunakan simbol untuk Bahasa Melayu.
  4. Ejaan dan tatabahasa perlu betul.

Tetapi jangan risau, DBP boleh cek kan untuk you all semua ni. Bayaran minima sebanyak RM10 sahaja. Submit je design, dan you all buatlah pembetulan seperti yang disuruh ๐Ÿ™‚ Mereka akan update di email sahaja, so easy!

Once dah lulus, you all akan dapat sijil daripada DBP. Sijil ni boleh diattached kan sekali bila you all nak mohon lesen papan iklan(signboard) dengan MPSJ nanti. Ini pon boleh buat online. Klik di sini shj >> https://portal.mbsj.gov.my/ms/user

Round 2, untuk MPSJ cek pula. DBP hanya cek ejaan dan bahasa sahaja. Spesifikasi yang lebih detail seperti ukuran signboard, ukuran setiap perkataan pada signboard, dan detail-detail yang lain perlu dirujuk pada MPSJ. Bila semua ok, barulah you all boleh hantar design signboard tu ke printer.

Jangan dah siap signboard baru nak mohon lesen ya. Memang kene saman lah you all nanti ๐Ÿ˜›

Semoga artikel ini bermanfaat!

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp