Login

Register

Login

Register

Sungai di Selangor Tercemar? Siapa yang bertanggungjawab?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter

Korang tahu tak negara kita pernah dilabel sebagai negara ‘Tong Sampah’?
Ini bukan propa. Malaysia merupakan antara negara sasaran pengeksport sampah untuk membawa masuk pelbagai sisa sampah haram ke dalam negara!

LESTARI ALAM SEKITAR
Sebelum saya kupas lebih jauh, pernah dengar tak dengan slogan Lestari Alam Sekitar? Saya akui, ini pertama kali saya dengar slogan ini. Saya biasa dengar Lestari ni digunakan untuk dijadikan nama pada sesuatu kawasan elit sahaja. Tak pernah pula nak ambil tahu maksudnya. Jom kita cek dulu apa maksud lestari…

Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, Lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; pelestarian perlindungan drpd kemusnahan.

Jadi mengikut pemahaman saya, lestari alam sekitar itu adalah inisiatif untuk kita mengekalkan alam sekitar supaya kekal sihat, selamat dan terpelihara. Setuju tak?

Setiap tahun, sejak dari zaman sekolah rendah lagi, kita telah dicanangkan dengan pelbagai kempen dan pelbagai slogan dan tema untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Tetapi satu perkara yang menjadi persoalan, setelah semua kempen yang dijalankan selama ni, lestari tak alam persekitaran kita? Sungai kita betul-betul bebas pencemaran ke? Isu sensitif untuk orang Selangor tau. Betul ke kempen alam sekitar ini memberikan kesan yang mendalam pada kita semua? Apakah inisiatif kita untuk melestarikan alam sekitar kita?

KENAPA?
Kenapa perlu beriya sangat nak melestarikan alam sekitar? Kenapa kita nak bersusah payah padahal hakikatnya bukan kita yang penyumbang terbesar dalam merosakkan alam sekitar. Kilang-kilang besar sebenarnya yang banyak buat pencemaran air dan udara kan?
Bagi saya, sebab utama dan yang paling penting untuk kita bersungguh-sungguh untuk melestarikan alam sekitar adalah supaya kita dapat wujudkan persekitaran yang sihat untuk diri kita, ahli keluarga dan untuk generasi anak cucu kita nanti. Tak nak ke hidup sihat sejahtera sampai tua? Tak kesian ke nanti kalau anak cucu kita terpaksa hidup dalam persekitaran yang tidak sihat?

Minggu lepas saya berpeluang menonton semula movie Lion King dengan anak perempuan saya. Saya ingat lagi, ini lah movie yang pertama sekali saya tonton di wayang bersama ibu bapa saya. Satu ayat yang Mufasa katakan pada Simba :

When we die, our bodies become the grass, and the antelope eat the grass. And so, we are all connected in the great Circle of Life…

Apa yang buat saya tertarik dengan ayat ini adalah betapa hebatnya kebergantungan kehidupan antara satu sama lain. Dengan kehebatan pembangunan masa kini, adakah ia membawa kebaikan yang lestari pada kehidupan kita?

RECYLE, REUSE, REDUCE (3R)

Saya akui, kita perlukan pembangunan untuk lebih maju. Malangnya, pembangunan ini membawa kesan negatif pada persekitaran kita. Jadi, bagi saya slogan yang paling relevan dan sesuai (melekat di kepala dari kecil sampai sekarang) adalah 3R.

Hari bebas plastik, mengenakan bayaran untuk penggunaan plastik dan mengharamkan penggunaan straw plastik adalah antara kempen terbaru yang dijalankan kerajaan kita. Satu kempen yang mudah dan boleh dibuat serta merta dan tidak memakan kos yang banyak.

Baru-baru ini, Tudung People telah melancarkan tudung mereka yang terbaru menggunakan plastik terpakai. Ini memang satu inisiatif yang sangat hebat! Sebagai seorang #womenpreneur, saya memang sangat bangga dengan inisiatif murni sis Fazrena dan team dalam membantu melestarikan alam sekitar.

Jadi pada pendapat saya, rakyat Malaysia dah mula terbuka untuk usaha ke arah reuse dan reduce. Kalau kita tengok negara yang maju, kesedaran rakyat mereka tentang melestarikan alam sekitar ini sudah tinggi. We are not there yet, but insyaAllah we will.

#JOMBUATLABELORGANIK
Sempena menyambut saranan dunia untuk melestarikan alam sekitar, kami juga ingin menggalakkan semua boss / founder business baju, pakaian, hijab dan crafter di luar sana untuk melabelkan produk anda dengan label organik kami. Usaha yang kecil, tetapi jika dibuat beramai-ramai boleh membawa kepada kebaikan yang besar.
Jika ramai yang menyokong penggunaan cotton organik, petani dapat menghapuskan penggunaan bahan kimia dalam aktiviti pertanian mereka, sekaligus membantu dalam menurunkan peratusan pencemaran udara dan air juga mengawal kadar pemanasan global seluruh dunia.

So tunggu apa lagi? Tempah label organik anda dengan kami.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp